Rabu, 23 September 2020

SUKAN DAN PERPADUAN

 Assalamualaikum semua ,mesti awak yang membuka blog ini tertanya-tanya , apakah itu sukan dan perpaduan? Adakah kedua-dua ini saling berkait rapat..betul tak?? dan ada juga yang mencari idea untuk tugasan-tugasan yang  diberikan. Awak semua mesti baca blog ni sampai habis tau untuk dapatkan info yang tepat tentang Sukan dan Perpaduan , muahciked💓


Apakah yang dimaksudkan dengan sukan?

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menyertai pelbagai sukan untuk rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat, berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba.

Apakah kepentingan sukan dan perpaduan dan mengapa kedua-dua perkara ini saling berkait rapat?




Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka.

Penubuhan Majlis sukan Sekolah- Sekolah Malaysia (MSSM)

Di samping itu semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di negara kita. Selain itu, penonton juga akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka  menyokong pasukan yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemenangan. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.

Penyokong yang berbilang kaum.

Hal ini juga terdapatnya pergaulan antara pelbagai kaum dan bangsa ketika bersukan. Sebagai contoh, pemain badminton negara iaitu Dato' Lee Chong Wei yang berbangsa Cina itu mampu berkerjasama dan mendengar nasihat dengan baik ketika berlatih bersama jurulatihnya iaitu Datuk Misbun Sidek. Di sini jelaslah bahawa walaupun di dalam sukan, perpaduan antara kaum itu wujud.

Ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek

Selain itu, seperti yang kita boleh lihat ialah kumpulan pemain bola JDT terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Walaupun mereka berlainan negara dengan kita, mereka masih dapat mewujudkan perpaduan tanpa mewujudkan sebarang perbezaan kaum dan negara.Dan lebih ironiknya, apabila terdapatnya perlawanan bola, semua kaum dan bangsa akan bersatu hati dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan bola kegemaran mereka.Sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan ini ialah tunjang kepada keharmonian negara. Suasana dan detik-detik sebegini dapat mewujudkan perpaduan tanpa kita sedari.


Kesimpulan daripada topik ini

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.



MSSM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.



Nama Ahli Kumpulan (tajuk 6-MPU21032):

1. Ayunie Syazana Huda binti Yazid

2. Siti Nur Sabrina binti Ismail

3. Nur Najihah solehah binti Selamat

4. Intan Maszlin binti Salehan

Nama pensyarah : Encik Mohd Faizal bin Mat Pesa























SUKAN DAN PERPADUAN

  Assalamualaikum semua ,mesti awak yang membuka blog ini tertanya-tanya , apakah itu sukan dan perpaduan? Adakah kedua-dua ini saling berka...